BARU-baru ini, sebuah kedai mamak yang terletak di Johor Bahru tular di media sosial kerana membenarkan pelanggannya membawa haiwan peliharaan mereka ke dalam premis.
Menerusi laman X, ciapan tersebut memaparkan dua pelanggan berbangsa Cina menikmati makanan mereka sambil meletakkan dua ekor anjing di sisi mereka.
Teruskan MembacaPerkara tersebut mendapat perhatian netizen kerana menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan yang lain terutamanya beragama Islam.
Dalam masa yang sama, kebanyakan premis atau restoran ‘mamak’ sering mengambil pekerja yang tidak fasih berbahasa Melayu dan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi bersama pelanggan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang selesa serta ada yang menyebabkan salah faham berkenaan isu pengambilan pekerja lain bangsa.
“Dua ek** nimemang busuk sungguh perangai,” komen BakrunHeader.
“Jadinya awak ambik tindakan terhadap restoran atau pelanggan itu? Tak perlu cakap berkenaan bangsa K*ling atau India atau apa-apa sahaja. Dekat Malaysia ada je kedai Melayu yang kucing datang duduk tepi pelanggan India tapi kami biarkan dan makan saja,” kata Vikneswaran Muniandy.
“Tak semua rasanya, sebab memang ada yang mamak Islam ada yang tak, pasal pernah singgah tersilap,” kata Hazanzan.
Baca juga: