KEHILANGAN haiwan peliharaan sudah tentu merupakan mimpi ngeri buat para pencinta haiwan hingga ada yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mendapatkan semula haiwan kesayangan mereka.
Antara perkara yang sering dilakukan sebagai ikhtiar untuk mencari termasuk menularkan kehilangan tersebut di media sosial dan mengeluarkan poster yang memaparkan gambar haiwan berkenaan berserta nombor telefon untuk dihubungi.
Teruskan MembacaNamun, ada sesetengah pihak bertanggungjawab sanggup memainkan perasaan pemilik haiwan berkenaan dengan sengaja menelefon mereka walaupun tidak menemui haiwan tersebut.
Perkara yang sama terjadi menerusi sebuah video yang tular di laman X, dimana seorang individu telah melekatkan poster kehilangan kucing peliharaannya di sebuah kawasan.
Walau bagaimanapun, seorang lelaki dalam video tersebut dilihat sengaja mahu ‘prank‘ dengan menelefon pemilik kucing berkenaan dan mengiau seolah-olah kucing yang hilang tersebut yang menelefon tuannya.
Video yang berdurasi 22 saat jelas menaikkan amarah para warganet, yang rata-rata menyatakan rasa berang terhadap lelaki yang dianggap tidak sensitif dengan kehilangan kucing tersebut.
“Tak baik buat prank macam ni. Kucing ni macam family tau so kalau hilang memang sedih sangat,” komen Klinikdrbazilah.
“Kesian owner (kucing). Yang dicarinya kucing, yang munculnya b***,” kata Fiftyfiftyfiffy.
“Brader ni bod**. Biar muka tu buruk, jangan hati pun sama. Orang tu sedih hilang kucing dia, buat content bod** pula. Sikit pun tak kelakar,” ujar SoniaHoran__.
“Dia ingat orang tepuk tangan ke buat benda bod** macam ni?” komen N1saaa.
“Terasa paling kelakar tapi sebenarnya bod**,” kata Akypyka_.
Tindakan seperti ini bukan sahaja tidak matang, tetapi juga tidak menghormati perasaan mereka yang sedang bersedih atas kehilangan haiwan peliharaan.
Sebagai masyarakat yang prihatin, seharusnya kita saling membantu dan bukannya mempermainkan perasaan orang lain dengan menghormati setiap kehilangan, kerana ia mungkin adalah satu-satunya dunia bagi seseorang. — KL Viral
Baca juga: