Terkini

Perempuan kemaruk karakter alam maya, mengaku ‘stranger’ boyfriend

Nazrul atau lebih dikenali sebagai (mhmmdhsm) di twitter mendedahkan dirinya diganggu oleh seorang individu yang tidak dikenali mengaku sebagai teman wanitanya menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok.

Susulan kes pada 3 Mei 2024, Nazrul pada mulanya hanya menyangkal Nurhanis Muhammad Zain atau pengguna nama @hanez_z, merupakan salah satu mangsa penipuan siber yang ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab apabila melihat kepada akaun miliknya yang mengaku dalam hubungan jarak jauh bersama seorang jejaka bernama ‘Rizal’ yang menggunakan gambarnya.

Namun, beliau mengetahui perkara sebenar selepas mendapat aduan polis yang dilaporkan Nurhanis bahawa akaun tiktoknya telah digodam dan beliau khawatir akan menggugat keselamatannya selepas Nazrul mendedahkan salah satu video miliknya yang mengandungi konten seolah-olah mahu mengahwini dirinya.

Namun, pengikut laman sosial medianya mendedahkan perkara sebenar bahawa Nurhanis sering mencipta karakter alam maya buat kepuasan dirinya dan perkara tersebut bukan pertama kali beliau berbuat sedemikian.

Nazrul menganggap bahawa Nurhanis mempunyai masalah mental dan perlu segera menerima rawatan agar keadaan seperti ini tidak berleluasa.

“Wow ada juga manusia macam ni ek. Biasa jumpa yang jenis delulu dekat seorang manusia jer. Ini kalau dah delulu dekat different manusia, buat story cintan cintun syok sendiri bertahun2 ni… then sahlah dia kena refer Psychiatrist. Bahaya dekat orang lain and diri dia sendiri !!,” kata Iamraffffffff.

“Kesimpulannya dia la terpaling banyak bf dan perempuan di luar sana hanya mampow mengggerutu sebab semua jantan terpaling terpikat pada dia.Dia perlukan rawatan halusinasi dia tahap 5 da nie,” kata SuperringMY.

“Seramnyaaa. Kesian pun ada. Terigt cerita Baby Reindeer. Dia ada childhood trauma kot,” Bingji001.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top