Bayi sulung kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Memetik laporan Harian Metro, sumber memberitanu Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Teruskan MembacaDifahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami, Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” katanya.
Menurut sumber lagi, bayi tersebut telah selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
“Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram Story, Marissa dilihat ada memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.
Terdahulu, ketika diundang ke majlis pelancaran sebuah produk pasangan terbabit tetap mengunci mulut ketika diminta mengesahkan khabar Marissa hamil.
Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.
Baca juga: