Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun ditahan polis Johor kerana memandu secara melawan arus di Kilometer 9 Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), ACP Balveer Singh A/l Mahindar Singh, wanita itu ditahan pada jam 4.11 petang di kawasan Iskandar Puteri.
Teruskan Membaca“Penahanan wanita itu adalah untuk membantu siasatan pihak polis ekoran dia (pemandu wanita) yang tular kerana memandu kereta melawan arus.
Baca juga: 3 pusat sembelihan ayam mentah pengotor diarah tutup
“Pihak polis telah pun mengesan satu video tular yang dikongsi di Twitter oleh pemilik akaun “X Malaysia Most Viral” yang memaparkan sebuah kereta Honda Civic bewarna kelabu dipandu secara melawan arus,”katanya dalam satu kenyataan.
“Hasil pemeriksaan wanita itu bukan dibawah pengaruh alkohol, bagaimanapun hasil soal siasat mendapati wanita tersebut disyaki mengalami penyakit Dementia atau masalah dari segi kemampuan minda,” jelasnya secara ringkas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun penjara dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
Baca juga: Ed Sheeran main badminton dengan Chan Peng Soon, akui penat tapi seronok
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kejadian itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi sembilan saat yang memaparkan sebuah kereta bewarna kelabu dipandu seorang wanita tua dalam keadaan menyongsang arus.
Kenderaan itu dilihat memasang lampu kecemasan sebaik menyedari beliau sedang memandu melawan arus. — KL Viral