Terkini

‘Dua-dua panas baran…’ – Tular 2 pemandu tak sabar saling berhimpit di lebuh raya, berebut balik raya macam 5 minit boleh sampai

SETIAP individu yang memandu di atas jalan raya mempunyai pelbagai karenah masing-masing sehingga kadang-kala dek kerana terlalu amarah boleh memakan diri sendiri di kemudian hari.

Tular di media sosial X pada Isnin, berhubung satu klip video rakaman dashcam belakang yang memperlihatkan dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlakunya kemalangan.

Menerusi video tersebut, ia memaparkan kehadiran kereta Honda berwarna merah yang sedang memecut di laluan paling kanan, namun kereta Waja dari laluan tengah secara tiba-tiba masuk ke sebelah kanan dan lambat memberi signal.

Pemandu Honda kelihatan tidak berpuas hati lantas mengekori dengan rapat sekali sehingga timbulnya perbalahan di antara mereka.

Walaupun berjaya dipotong, kereta Wira tidak semena-mena telah menghimpit dan sengaja melanggar bahagian depan kereta Honda itu.

Ekoran tidak mahu mengalah dan masing-masing mahu tunjuk ego, berlaku aksi pelanggaran antara satu sama lain di tengah-tengah lebuh raya tersebut.

Malang tidak berbau apabila kereta waja dilihat hilang kawalan sehingga terbabas ke bahagian tepi jalan sebelum melanggar penghadang jalan.

Sementara itu, pemilik dashcam terus berhenti di tepi jalan lalu meluru ke arah pemandu kereta honda dengan keadaan marah dan terus pergi ke arah kereta waja yang terbalik jauh di belakang.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap kedua-dua pemandu yang tidak mahu beralah sehingga berlakunya kemalangan. Ramai yang mahukan perkara ini dibawa ke dalam siasatan polis bagi menegakkan keadilan.

“Atas jalan raya ni satu je kena terapkan dalam otak, rendahkan ego. Kalau semua jenis sibuk nak ikut kepala sendiri memang banyak lah kemalangan,” kata @noteworthytopcs.

“Waja salah. Tapi Honda panas baran. Waja pun sama panas baran. Tapi kalau ikut punca kemalangan, Waja langgar si Honda dulu. Kalau ikut undang-undang, kemungkinan Waja tu yang salah,” kata @HaHakim97.

“Waja memang punca, masuk terus lane kanan tanpa tengok kereta pecut di situ kemudian baru nak bagi signal,” kata @syimirbaik.

“Berebut sangat ni, macam lima minit dah boleh sampai depan pintu rumah,” kata GotToSay.

Setakat ini, Kl Viral masih belum mendapat maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.

Kl viral ingin menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih rasional dan tidak bertindak mengikut emosi kerana semua orang ingin pulang ke kampung halaman dengan selamat untuk menyambut Lebaran.— KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top