PELAKON, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, berjaya memecahkan rekod 20 tahun acara larian 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam.
Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkongsi bahawa Airit seorang pelajar cemerlang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, mencatatkan rekod baharu kejohanan dengan masa 11.44 saat (s).
Teruskan Membaca“Tahniah pasukan. Hari pertama MSSD. Alhamdulillah, rezeki Airit Rayyan dapat mewakili Majlis Sukan Sekolah (MSS).
“Ryan berjaya memecahkan rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam dengan rekod baharu 11.44s, mengatasi rekod lama 11.58s,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Sebelum ini, Airit Rayyan juga cemerlang dalam peperiksaan semester di MRSM Sungai Besar dengan memperoleh gred purata nilai 3.99.
Dia turut menerima Anugerah Pengetua yang diberikan kepada pelajar yang mencapai Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas. — KL Viral
Baca juga: