Sentuhan Rizalman jadi pilihan majlis pernikahan Diraja

TENGKU Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah kelihatan segak memperagakan busana Haute Couture yang dicipta Rizalman ketika majlis pernikahannya, semalam.

Tengku Puteri Afzan dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang selaku wakil rasmi Baginda dalam istiadat akad nikah di Istana Abdul Aziz, Pahang.

Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu tampak segak dan manis mengenakan baju melayu dan baju kurung berona putih.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?