KOREA Utara bakal membuka semula sektor pelancongan negara berkenaan pada pelawat antarabangsa bermula Disember ini.
Namun, pelawat Malaysia ‘diharamkan’ daripada mengunjungi negara berkenaan.
Teruskan MembacaNegara terpencil itu dikatakan akan mengalu-alukan pelancong untuk melawat secara berkumpulan ke bandar Samjiyon yang terletak di kawasan pergunungan.
Bukan sahaja Samjiyon yang akan dijadikan kawasan tarikan pelancong, malah ibu negara Pyongyang turut akan dijadikan daerah yang berpotensi untuk dibuka sebagai salah satu lokasi lawatan.
Pembukaan semula negara itu untuk lawatan pelancong adalah pertama kali sejak ia ditutup akibat pandemik Covid-19 beberapa tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia telah ‘diharamkan’ daripada memasuki negara berkenaan.
Ia selepas kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan pada September 2017 yang melarang semua rakyat Malaysia daripada memasuki negara tersebut.
“Ia kerana ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan yang timbul daripada ujian peluru berpandu di sana,” kata kenyataan tersebut.
Namun, hubungan Malaysia dan Korea Utara sudah mulai teruk beberapa bulan sebelum itu.
Ia susulan pembunuhan Kim Jong-Nam yang merupakan abang kepada Perdana Menteri Korea Utara, Kim Jong-Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Februari 2017.
Kemudiannya pada Mac 2021, Korea Utara memutuskan untuk mengakhiri hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Malaysia mahkamah tertinggi negara meluluskan ekstradisi ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol-myong, ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram. — KL Viral
Baca juga: