MENTERI Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengumumkan bahawa perkhidmatan teksi air secara percuma akan diadakan khas buat pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kebangsaan ke-67 akan datang.
Menerusi hantarannya di laman X, beliau memaklumkan bahawa teksi tersebut disediakan untuk memudahkan orang ramai yang menghadiri sambutan berkenaan di Dataran Putrajaya nanti.
Teruskan Membaca“Perkhidmatan teksi air berkenaan akan bermula seawal 5 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, laman rasmi Merdeka 360 turut memuat naik peta lokasi bagi perkhidmatan bas dan teksi air yang tersedia sepanjang sambutan tersebut.
Menerusi hantaran yang sama, mereka turut mengajak orang ramai untuk turut serta ke Dataran Putrajaya 31 Ogos depan pada pukul 7 pagi untuk memeriahkan lagi suasana. — KL Viral
Baca juga: