Kewibawaan dan ketegasan Perdana Menteri yang sering menyuarakan isu kemanusiaan dan penindasan rakyat Palestin mendapat pujian dan penghormatan masyarakat dunia.
Menurut Felo Penyelidik Utama Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zaid Ahmad, berkata Anwar memainkan peranannya sebagai bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi ASEAN bahkan sebagai pemimpin Islam.
Teruskan MembacaJusteru itu katanya tidak hairan, suara Anwar kini menjadi tumpuan pemimpin global setiap kali beliau menghadiri forum antarabangsa.
“Jika dulu ada yang pernah mengatakan beliau boleh menjadi jurucakap bagi dunia Islam.
“Jadi, ketika ini eloklah beliau memainkan peranan itu dengan lebih baik,” katanya kepada Malaysia Bangkit.
Terdahulu, Anwar berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun bagi menyegerakan pembangunan semula Gaza berikutan gencatan senjata yang telah dicapai pada Rabu.
Menurut Anwar, beliau menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba pada Khamis. untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
Anwar berkata, Ishiba juga telah meminta Malaysia menjadi pengerusi bersama dengan Jepun bagi inisiatif negara itu menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai ini, khususnya berkaitan pembangunan semula Gaza.