PETALING JAYA : Malaysia terus ‘naik level’ dalam dunia digital! Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang sedang berlangsung sekarang, liputan 5G negara kita makin padu dan jadi bualan ramai.
Usaha mantap dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuahkan hasil, Malaysia kini antara negara terpantas di dunia dalam pelaksanaan 5G. Setakat Disember 2024, liputan 5G dah cecah 82.4% kawasan berpenduduk! Bukan calang-calang.
Teruskan MembacaMenurut Dr Noor Nirwandy Mat Noordin dari UiTM, kejayaan ini bukan saja boost internet speed rakyat, tapi juga kukuhkan kedudukan Malaysia dalam peta digital serantau.
Tak cukup dengan tu, inisiatif JENDELA pun overachieve lebih 9.03 juta premis dah ada akses internet laju & gentian optik menjelang akhir 2024. Confirm streaming, gaming, dan kerja semua lancar.
“Digitalisasi negara bukan sekadar untuk gaya hidup moden, tapi beri impak besar kepada keselamatan, strategi komunikasi dan geopolitik negara,” katanya.
MCMC pula target untuk capai liputan 5G hampir sepenuhnya menjelang 2026. Maksudnya? Masa depan digital Malaysia memang cerah!
Malaysia on the move – dari segi teknologi, kita bukan sekadar ikut arus, tapi tengah leading!