RENTETAN daripada kes kebakaran yang berlaku melibatkan lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah pada 11 Februari lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur merangka satu tindakan proaktif mengelakkan kejadian seumpama berulang kembali.
Satu jawatankuasa task force iaitu ‘Ops Sri PA’ telah ditubuhkan secara kolaboratif bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sudah berusia 30 tahun sejak ditubuhkan.
Teruskan MembacaHadir dalam pelaksanaan itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul dengan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Kuala Lumpur PgKB I, M. Fatta M. Amin dan Pengarah Eksekutif Pembangunan, Tuan Ismadi Sakirin.
Objektif utama penubuhan task force tersebut adalah untuk memastikan perumahan awam memenuhi keperluan minimum keselamatan kebakaran di samping memastikan sistem pemasangan keselamatan kebakaran sedia ada berfungsi serta berada dalam keadaan baik.
Selain itu, penambahbaikan dalam aspek keselamatan kebakaran berdasarkan peruntukan undang-undang semasa serta memastikan JBPM dan penghuni bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Tempoh pelaksanaan task force tersebut akan berlangsung pada 22 hingga 29 Februari depan manakala kumpulan task force dibahagikan kepada empat zon melibatkan 122 blok di 22 perumahan awam yang telah dikenal pasti. — KL Viral
Baca juga: