SEBANYAK 33 jenis kenderaan layak untuk memohon diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0).
Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kenderaan layak untuk memohon.
Teruskan MembacaJelasnya, mereka disarankan untuk segera membuat pendaftaran dan mendapatkan kelulusan melalui Portal MySubsidi Diesel dan seterusnya memohon Fleet Card untuk terus menikmati pembelian diesel bersubsidi.
“Untuk membuat pendaftaran di MySubsidi Diesel, dua dokumen penting perlu dibawa bersama iaitu Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Geran Kenderaan yang ingin didaftarkan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, terdapat tiga fasa jenis kenderaan yang layak di bawah SKDS iaitu SKDS 1.0 (jenis kenderaan pengangkutan awam), SKDS 2.0 Fasa I (jenis kenderaan pengangkutan barangan) dan SKDS 2.0 Fasa II (jenis kenderaan pengangkutan barangan baharu).
“Kenderaan bagi SKDS 1.0 adalah seperti bas sekolah, bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, kereta sewa, teksi, van atau lori mayat, ambulans dan bomba.
“Seterusnya, SKDS 2.0 Fasa I adalah Lori Rigid (Kargo Am), Penggerak Utama, Lori Rigid jenis Luton Kotak, Tangki Air, minuman botol, Refrigerated dan tangki tepung serta Window Van dan Panel Van.
“Manakala, bagi SKDS 2.0 Fasa II iaitu Lori Rigid (Curtainsider, hasil pertanian, kandang haiwan, kombinasi, open platform, minuman dan sampah), bas, van dan lori membawa makanan (food catering), Panel Van serta bas, van dan lori rogod untuk perkhidmatan bergerak,” katanya.
Baca juga: