Hampir 2,000 syarikat berkaitan kerajaan GLC bakal menjalani audit yang lebih cekap dan sistematik menggunakan sistem e-SelfAudit.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) berasaskan kecerdasan buatan (AI), akan meningkatkan ketelusan dalam sektor syarikat berkaitan kerajaan (GLC),
syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, (GLIC) dan syarikat berhad menurut jaminan (CLBG).
“Kaedah pengauditan rintis terhadap syarikat kerajaan dengan menggunakan sistem e-SelfAudit yang menggunapakai AI sudah dimulakan lebih awal iaitu pada November 2024.
“Lebih penting sistem ini dibangunkan secara dalaman melalui Projek Pendigitalan JAN tanpa membabitkan implikasi kos tambahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Putrajaya.
Anwar berkata, pengauditan itu penting bagi menangani isu tatakelola yang dikenal pasti dalam syarikat kerajaan,
Antaranya kelemahan pemantauan terhadap pembentangan dan laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta Pelan Strategik syarikat.