PETALING JAYA: PM kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ni layan balik filem Taj Mahal: An Eternal Love Story arahan Akbar Khan, lebih 10 tahun selepas first time dia tengok dulu.
Teruskan MembacaKatanya, walaupun dah lama, filem ni masih ‘power’ gila, bukan sekadar cerita sejarah, tapi penuh emosi, kisah cinta sejati, dan pengorbanan yang buat hati sebak.
“Keindahan saja tak cukup nak cerita kisah epik Taj Mahal. Macam monumen tu sendiri, cinta tu kekal selamanya,” tulis Anwar dekat FB.
Beliau siap puji sinematografi dia yang cantik sangat, dari shot bangunan sampai vibe sejarah empayar Mughal. Kisah cinta Shah Jahan & Mumtaz Mahal pun dibalut dengan drama politik, konflik sosial, siap ada ala-ala drama Shakespeare.
“Kecantikan mungkin pudar, tapi cinta sejati kekal sampai hujung hayat,” katanya.
Anwar juga sempat throwback zaman dia dalam penjara dulu, masa dia banyak baca karya Shakespeare. Siap petik kata penulis terkenal Gabriel García Márquez:
“Yang penting dalam hidup bukan apa yang berlaku, tapi macam mana kita ingat benda tu.”
Bagi Anwar, mesej cinta & pengorbanan dalam Taj Mahal ni tetap relevan walaupun zaman sekarang semua serba cepat, hubungan manusia pun kadang sekejap je, macam mesej WhatsApp yang auto delete.
“Kudos untuk Akbar Khan & team dia. Tanpa pengorbanan & kesungguhan macam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, hidup ni hilang makna,” tambahnya.
















