GENEVA: Malaysia terus mengharumkan nama di pentas dunia apabila Projek Inklusif Digital NADI Malaysia diumum JUARA WSIS Prize 2025 untuk kategori Capacity Building!
Anugerah berprestij anjuran @ITU dan agensi-agensi PBB itu disampaikan kepada YB Fahmi Fadzil sendiri dalam satu majlis rasmi di Geneva, Switzerland.
Teruskan MembacaApa yang buat dunia kagum?
👉 Projek NADI berjaya mengubah kehidupan komuniti di Pulau Banggi, Sabah — satu kawasan terpencil yang dahulunya terpinggir dari arus digital.
Sekarang?
âś… Ada internet laju
âś… Rakyat tempatan diajar kemahiran digital
âś… Nelayan & wanita tempatan jana pendapatan online
âś… Pelajar boleh akses pembelajaran digital
Dan yang paling hebat… ini semua hasil komitmen Malaysia melalui pelan JENDELA, demi pastikan tiada siapa tertinggal dalam transformasi digital.
🎙️ “Kemenangan ini milik rakyat – khususnya komuniti yang bangkit melalui kemahiran digital,” – @fahmifadzil
Projek NADI kini diperluaskan ke Pulau Mandi Darah, dan bakal meliputi seluruh negara menjelang 2035.
Oh ya — satu lagi projek Malaysia turut menang!
đź“¶ Projek Stingray II di Pulau Ketam pula menang kategori ICT Infrastructure lepas berjaya pasang kabel gentian optik bawah laut sepanjang 46.4 KM!
Dua kemenangan, satu mesej jelas — Malaysia serius dalam kesaksamaan digital, terutama untuk rakyat luar bandar & pedalaman.
















