BAHASA yang kasar sekalipun benar, tetap menyakitkan kerana rasa dipersalahkan. Berbeza sekali jika kebenaran itu disampaikan dengan lunak dan kasih sayang.
Berikut adalah 6 ciri-ciri mukmin berjaya antaranya menunaikan solat dengan khusyuk.
Teruskan Membaca1. Menunaikan solat dengan khusyuk
Setiap ayat dan lafaz yang dibaca ketika menunaikan solat perlu difahami setiap maksudnya. Selain itu, memastikan tempat solat suasananya dalam keadaan yang tenang dan aman.
2. Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia
Perbuatan berjalan tanpa tujuan, melepak dan berbual kosong boleh membuang masa dan membawa kita ke arah keburukan. Contohnya, menjatuhkan maruah apabila mula bongkak tentang diri sendiri dan mudah terjebak dengan maksiat.
3. Beriman kepada Allah SWT
Sebagai umat Islam, kita mesti percaya bahawa Allah SWT Maha Besar serta kita perlu beriman kepadanya dengan mengikut segala perintahnya iaitu solat 5 waktu dan perkara baik yang lain.
4. Mengeluarkan zakat
Sebahagian harta yang dikeluarkan daripada harta yang tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat yang tertentu.
Jenis zakat adalah seperti zakat harta dan zakat fitrah. Hikmah jika mengeluarkan zakat, kita dapat membersihkan harta, membantu golongan miskin dan mengeratkan silaturrahim.
5. Menunaikan amanah dan janji
Menjaga amanah dan janji hukumnya wajib. Orang yang mengkhianati amanah dan mungkir janji termasuk dalam golongan munafik.
Baca juga: