DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Bersepadu Memotong dan Merobohkan Struktur Besi di Seksyen 2, Wangsa Maju pada Isnin.
Operasi yang telah dijalankan adalah hasil kerjasama Jabatan Penguatkuasaan seperti Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik (JKME), Jabatan Kawalan Bangunan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Teruskan MembacaDalam pada itu, operasi khas dijalankan setelah pemilik kediaman gagal mematuhi Notis Penguatkuasaan yang telah dikeluarkan pada 10 Januari tahun ini untuk pemilik membuka sendiri struktur besi yang dibina.
Menerusi tindakan penguatkuasaan itu, DBKL telah menrobohkan struktur besi yang dipasang tanpa kelulusan dan menghalang laluan koridor awam dibawah kesalahan Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Susulan itu, sisa struktur besi telah dipindahkan ke Stor JKME, Jalan Cheras untuk tindakan lanjut dan dokumentasi proses pelupusan.
Oleh itu, operasi berjalan lancar dengan kerjasama erat dari semua Jabatan Penguatkuasaan yang terlibat dan pihak DBKL akan meneruskan tindakan tersebut di lokasi yang lain pada pada masa akan datang.
Baca juga: