SSEMPENA Program Teh Hijau Kuala Lumpur yang bakal dilangsungkan pada Sabtu depan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pertandingan seni conteng atau doodle art dengan menawarkan hadiah lumayan buat pemenang.
Menerusi hantaran di Facebook milik DBKL, pemenang tempat pertama akan memenangi wang tunai berjumlah RM200 diikuti RM150 untuk tempat kedua, RM100 buat tempat ketiga manakala saguhati akan menerima RM50.
Teruskan MembacaDiadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pertandingan tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu pertama (10.30 pagi hingga 12 tengah hari) dan kedua (3.00 petang hingga 4.30 petang).
Dalam pada itu, pertandingan tersebut turut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A (sekolah rendah tahap dua lingkungan peserta berusia 10 hingga 12 tahun) dan Kategori B (sekolah menengah bagi peserta berumur 13 hingga 16 tahun).
Antara syarat-syarat penyertaan termasuk doodle yang dihasilkan hendaklah karya yang asli dan bertemakan KL Bandar Raya Rendah Karbon.
Masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi adalah selama sejam 30 minit di samping penyertaan adalah terhad kepada 25 penyertaan yang mendaftar secara langsung atau walk-in sahaja.
Baca juga: