Terkini

DBKL ajak warga kota sumbang barang ‘preloved’ di pusat pengumpulan barang terpakai

PENDUDUK di sekitar 11 Parlimen di Kuala Lumpur yang mempunyai barangan terpakai boleh menyumbangnya ke pusat pengumpulan barang terpakai yang dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengumpulan barangan terpakai ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya yang hampir kunjung tiba untuk melibatkan orang ramai yang ingin menyumbangkan barangan terpakai mereka yang masih berada dalam keadaan yang baik.

“Barangan terpakai yang boleh disumbangkan termasuk pakaian, aksesori, kasut dan barang permainan kanak-kanak.

“Barangan yang disumbangkan ini akan diagihkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban serta membawa keceriaan kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang,” katanya kenyataan DBKL.

Oleh itu, pihak DBKL telah menyediakan 11 pusat pengumpulan di setiap kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memudahkan penduduk Kuala Lumpur menyumbangkan barangan terpakai mereka.

Sumbangan barangan boleh disalurkan di pusat pengumpulan berdekatan penduduk sehingga 11 Mac 2024.

Acara ini adalah bersempena dengan Program Teh Hijau Kuala Lumpur Edisi Mac yang diadakan pada 16 Mac depan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang. — KL Viral

Pelbagai

Scroll to Top