Terkini

GOKL guna bas elektrik menjelang tahun 2040

KEJARAAN memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), laluan bas GOKL 15 akan menggunakan bas elektrik sebagai piihan jenis pengangkutan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kemudahan yang lebih mesra alam sekitar dan akan membawa gaya hidup lebih sihat.

“Penggunaan Bas Mini EV bersaiz lapan meter akan digunakan di laluan baharu GOKL 15 ini di mana pergerakan bas di laluan ini akan lebih lancar dan mudah untuk membuat pusingan terutamanya yang melibatkan kawasan-kawasan perumahan.

“Begitu juga bagi perkhidmatan Bas GOKL, kerajaan terus komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan meluaskan laluan sedia ada kepada 15 laluan secara keseluruhannya dengan menambah tahap capaian penduduk kepada perkhidmatan berkenaan,” katanya dalam majlis perasmian bas mini GOKL dan peluncuran laluan baharu GoKL ke 15 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin.

Selain itu, Dr Zaliha berkata, kerajaan giat menyasarkan sebanyak lapan daripada 10 jumlah isi rumah di ibu negara mempunyai akses dalam lingkungan 10 minit ke mana-mana stesen transit berdekatan menjelang tahun 2040.

“Contohnya daripada segi peningkatan tahap frekuensi atau kekerapan yang lebih singkat di samping memastikan kemudahan pertukaran mod pengangkutan yang lebih berintegrasi di bawah satu hab yang sama.

“Begitu juga bagi perkhidmatan Bas GOKL ini, kerajaan terus komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan meluaskan laluan sedia ada kepada 15 laluan secara keseluruhannya dengan menambah tahap capaian penduduk kepada perkhidmatan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr Zaliha menyatakan rekod bagi laluan GOKL 15 melibatkan laluan di beberapa buah kawasan perumahan berkepadatan tinggi seperti Residensi PR1MA Alam Damai, Residensi Razak Mas, Flat aman Desa Cheras, Flat Taman Bukit Anggerik, Kuarters Institut Pendidikan Alam Damai, SMK Alam Damai, SK Alam Damai, SMK Orkid Desa, Madrasah Makarimul Akhlak,  Kondominium Angkasa dan Kondominium Puncak Banyan.

Jelasnya lagi, laluan ini diwujudkan bagi memberikan lebih galakan kepada orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.

Menurut Datuk Bandar, secara purata 32,000 warga kota menggunakan perkhidmatan GOKL setiap hari dan melibatkan hampir satu juta pengguna sebulan. 

Turut hadir bersama dalam Majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh. KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top