DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan program Temu DBKL @ Segambut yang akan diadakan di Pusat Komuniti Manjalara, Kuala Lumpur pada 22 Jun depan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, program tersebut bertemakan ‘Mesra Segambut’ dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan diadakan sepanjang penganjuran program tersebut.
Teruskan MembacaLebih daripada 15 aktiviti menarik bakal mewarnai program tersebut, termasuk buskers, edaran dodol dan pertandingan pakaian beragam.
Lebih menarik lagi, sesiapa yang menyertai pertandingan treasure hunt akan berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 (tempat ketiga), RM400 (tempat kedua) dan RM 500 (tempat pertama).
Namun, penyertaan hanya terhad kepada 120 penyertaan terawal sahaja dan percuma buat warga Segambut.
Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai Pertandingan Pakaian Beragam yang bertemakan ‘Dongeng Fantasi’.
Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai pertandingan mewarna mengikut kategori dan hadiah yang diberikan juga sangat berbaloi buat para pemenang.
Permainan tradisional juga turut disediakan buat penggemar permainan tersebut, antaranya pertandingan tarik tali 8 vs 8 dan pertandingan tuju tin.
Penggemar kopi juga boleh menghadiri program ini dan berpeluang untuk bersantai di hujung minggu bersama secawan kopi dengan harga RM2 sahaja. — KL Viral
Baca juga: