SEORANG tahanan berjaya melarikan diri dari Lokap Berpusat di Kapayan, Sabah dalam satu kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.
Insiden tersebut turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tahanan dengan selamba memanjat tembok bangunan dan melarikan diri.
Teruskan MembacaSewaktu kejadian, terdapat seorang anggota bertugas yang mengiringi tiga tahanan termasuk suspek yang melarikan diri.
Dalam video terbabit jelas menunjukkan tahanan tidak digari atau diawasi oleh pegawai memandangkan hanya ada seorang anggota sahaja yang ditugaskan ketika itu.
Susulan rakaman itu tular di media sosial, rata-rata warga maya meluahkan rasa bimbang dan tidak puas hati dengan sistem keselamatan pihak berkuasa yang mengiringi tahanan.
“Satu anggota menjaga tiga tahanan, satu tahanan yang lari tidak digarikah?” kata Irfan351.
““Laju dia buat kerja, patutnya ada dua polis pada masa yang sama,” kata CT Voter.
“Takutnya kalau suspek terlepas sampai ke rumah orang,” kata Hello123.
Menurut laporan Berita Harian, suspek melarikan diri dikenali sebagai Nazri Hassan, 33, melarikan diri ketika dibawa ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.
“Seterusnya tahanan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.
“Petugas lokap telah mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran,” katanya.
Shahurinain berkata, suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri.
Katanya, suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember ini atas kesalahan Seksyen 431 A Kanun Keseksaan.
Gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran. — KL Viral
Baca juga: