Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) diyakini mampu menjana peluang pelaburan mencecah RM11 bilion serta potensi eksport sebanyak RM500.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkongsi kejayaan itu menyifatkan pencapaian ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor utama.
Teruskan Membaca“Potensi pelaburan ini melibatkan sektor tenaga boleh baharu, ekonomi digital, automotif, perbankan, hartanah dan petrokimia. Sementara itu, eksport yang dijana merangkumi produk peralatan dan komponen pesawat, perabot serta makanan dan minuman,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Ahad.
Beliau yang turut serta dalam lawatan itu berkata, potensi pencapaian telah diunjur sejak November 2024, di mana jumlah dangangan Malaysia-UK adalah sebanyak RM15.3 bilion, dengan nilai eksport kepada RM7.83 bilion dan import sebanyak RM7.47 bilion.
Katanya. setakat September 2024, 486 projek pembuatan oleh syarikat UK telah berjaya dilaksanakan dengan pencapaian jumlah pelaburan sebanyak RM12.49 bilion.
“Pencapaian ini telah menjana sebanyak 41,630 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke London, UK dari 15 hingga 19 Januari atas jemputan rakan sejawatannya, Starmer dan terus ke Belgium untuk lawatan rasmi seterusnya.
Beliau berkata, kejayaan itu adalah satu cerminan kepada keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.