HARI Wilayah Persekutuan 2024 kali ke-53 akan disambut di Dataran Putrajaya seiring dengan program Hari Terbuka Putrajaya 2024 bermula Khamis (hari ini) hingga Ahad ini.
Pelbagai acara menarik yang boleh dilakukan bagi menyemarakkan sambutan Hari Wilayah yang dahulunya bermula apabila Kuala Lumpur dahulunya sebahagian daripada Selangor sekitar era 1970-an.
Teruskan MembacaOleh itu, KL Viral ingin kongsikan beberapa lokasi dan fakta menarik tentang Kuala Lumpur sempena Hari Wilayah Persekutuan.
1. Kuala Lumpur merupakan Ibu Negara Malaysia.
Tugu Negara yang terletak di Taman Tasik Perdana sebagai tanda bagi memperingati jasa pahlawan negara demi mencapai kemerdekaan.
Tugu Negara adalah sebuah tugu yang dibina menggunakan bahan gangsa bagi mengenang jasa parajurit yang gugur dalam pertempuran di medan perang iaitu Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1935-1942).
Menara Berkembar Petronas KLCC
Jika sebut tentang Kuala Lumpur sudah pasti tidak asing lagi menara pencakar langit, Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLCC dengan ketinggian 1,483 kaki yang awalnya dibuka pada 31 Ogos 1999.
KLCC juga pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998-2004.
Dataran Merdeka
Simbolik kepada kemerdekaan Tanah Melayu terletak di Dataran Merdeka apabila lokasi tersebut menjadi tempat keramat yang menyaksikan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimat Merdeka pada 31 Ogos 1957, pukul 12.00 tengah malam.
Laungan itu disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-Raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara dan rakyat jelata.
Menara Kuala Lumpur
Menara yang tersergam indah dengan ketinggian 421 meter itu merupakan menara yang direka khas untuk menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5kilometer per jam.
Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli menjadikan berat keseluruhan menara konkrit ini sebanyak 100,000 tan.
Menara itu juga menawarkan pemandangan tanpa batasan 360 darjah pada kedudukan mencecah awan.
Bukan sekadar pemandangan, malah menara ini menyediakan aktiviti-aktiviti menarik kepada pelancong antaranya ialah:
- Berjalan di SkyDeck dengan ketinggian 300 meter dari bawah sambil menghirup udara segar dari luar tanpa dinding penghalang.
- Bergambar di Sky Box iaitu kotak kaca yang boleh membuat orang seperti terapung.
- Tower Walk yang membolehkan pengunjung untuk berjalan secara terbuka
- Melawat Blue Coral Aquarium bagi mereka yang suka dengan hidupan laut.
- Pengembaraan secara simulasi 6D di bahagian Teater XD.
Menjadi tuan rumah Commonwealth Games pada tahun 1998.
Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai tuan rumah bagi acara Sukan Komenwel pada tahun 1998 di mana ia merupakan julung kali diadakan di negara Asia.
Menara Merdeka 118
Menara ini memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter selain menduduki menara kedudukan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Bangunan ini diinspirasikan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Malaysia pertama, mengangkat tangan dan melaungkan Merdeka! sebagai tanda bebas daripada penjajah pada 31 Ogos 1957. — KL Viral
Baca juga: