Saban tahun kebanyakan daripada kita memang diuji dengan situasi banjir. Ada juga yang tidak menduga ianya akan berlaku. Walau apa pun keadaan, kita seharusnya tetaplah bersedia. Di sini, ingatan untuk kita semua apa yang perlu kita lakukan jika kita akan menghadapi situasi banjir.
Simpan dokumen penting dan barang berharga ke dalam bekas kalis air
Pastikan dokumen penting dan barang berharga diletakkan di dalam bekas kalis air atau simpan di tempat-tempat yang selamat dan tak terkena air. Ramai mungkin dalam kalangan kita yang masih lagi terlupa tetapi inilah yang kita sepatutnya bersedia dan simpan barang dan dokumen penting terlebih dahulu.
Teruskan MembacaSimpan air bersih untuk kegunaan mandi dan minum
Bila sedang banjir nanti, kita akan selalu dapat air yang kotor. Oleh itu, simpan dari sekarang untuk kegunaan mandi atau minum. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang ada orang tua atau bayi yang masih kecil.
Pastikan lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan yang terdekat
Anda boleh dapatkan rujukan dengan wakil penduduk untuk ketahui lebih awal lokasi-lokasi yang mungkin anda terpaksa berpindah sekiranya memerlukan.
Sediakan peralatan kecemasan yang mencukupi
Berikut adalah peralatan kecemasan asas yang sangat penting. Ia terdiri daripada peralatan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Peralatan tersebut termasuk:
- Penutup luka (bandages)
- Gauze roll dan pad
- Bungkusan sejuk segera (instant cold pack)
- Bandages elastik
- Selimut kecemasan (emergency blanket)
- Termometer
- Pita perekat (adhesive tape)
- Manual pertolongan cemas (first aid manual)
- Peniti keselamatan (safety pins)
- Bandages segitiga (triangular bandage)
- Tisu antiseptik (antiseptic wipes)
- Sarung tangan (gloves)
- Gunting
- Penyepit bulu mata (tweezers)
- Maklumat kenalan kecemasan / maklumat perubatan untuk ahli keluarga
Sediakan powerbank untuk kegunaan kecemasan
Power bank sangat penting pada zaman teknologi canggih ini, kerana ia membolehkan kita mengisi bateri telefon pintar kita apabila bekalan elektrik terputus. Telefon pintar digunakan untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan juga dengan kenalan untuk meminta bantuan. Sebaiknya, pilih power bank dengan kapasiti besar agar ia tahan lama dan boleh digunakan oleh lebih ramai orang.
Baca juga: