Bayangkan apa perasaan seorang isteri, apabila suami menuturkan ayat-ayat ini?
Persoalan ini ditanya oleh seorang isteri yang minta dirahsiakan nama.
Teruskan MembacaKatanya, wanita yang suami dia jatuh cinta berstatus janda, seorang yang sangat baik dan mereka saling meluahkan rasa kasih dan sayang.
Malah wanita ini melarang suaminya menceraikannya. Dan wanita itu sanggup menjadi isteri kedua.
Tapi apalah ertinya, hatinya sudah macam ditusuk sembilu. Perit, pedih dan perih. Semuanya sudah hancur belaka.
Membayangkan suaminya dan wanita itu bakal melayari hidup bersama-sama dan dia kini hanya menjadi penonton dari kejauhan rasa hidupnya bakal berakhir.
Dia cuba positifkan diri. Cuba kuatkan hati tetapi perasaan kecewa dan dikhianati menghambat dirinya.
Memikirkannya, air matanya laju mengalir. Rasa diri dizalimi.
Namun kata suaminya,
“Fitrah lelaki jatuh cinta, itu sebabnya dalam islam dah tetapkan lelaki boleh berkahwin empat dan Allah dah takdirkan ada empat tempat di hati lelaki”.
Kuatkah dirinya menerima segala ketentuan ini. Bagaimana mahu menerimanya?
Dirinya sangat menyayangi suaminya. Dia cuba merayu agar suaminya meninggalkan wanita itu.
Tetapi, suaminya sangat menyayangi wanita itu. Jika ditinggalkan, suaminya risau apa akan jadi pada wanita itu.
Kata suaminya, mereka boleh hidup macam biasa. Tiada yang akan berubah. Kasih sayang dan cinta suaminya padanya tetap sama.
Suaminya ingin berkahwin dengan wanita yang dia cintai, kerana perkahwinan kami dulu awalnya bukan kerana cinta.
Cinta kami dibina setelah kami belajar hidup bersama.
Banyak sungguh alasannya. Rasa dia ingin meninggalkan suaminya begitu sahaja.
Tetapi, membayangkan kedua anaknya, hatinya sangat sedih. Jika tiada anak, mudah untuk dia membuat keputusan.
Anak pula sangat baik dengan ayahnya. Suaminya orang yang prihatin tentang anak-anak.
Dia mula membayangkan macam-macam perkara.
Jika dia mengambil keputusan untuk berpisah,
Adakah akan hilang rasa rindu ini?
Adakah akan hilang kasih sayang ini?
Adakah akan hilang rasa penuh cinta ini?
Pada saat itu, dia membayangkan, sejauh mana rasa kecewa atau sedihnya, dia sudah tiada tempat untuk bersandar lagi
Kehidupan dirinya dan suami sudah cukup sempurna sehinggalah wanita itu hadir dan menganggu gugat segala kebahagiaan hatinya.
Dia kini dalam dilema. Jika bertahan dan seandainya ditakdirkan mereka berkahwin, adakah masih ada ruang bahagia untuknya?