Terkini

Jom serlahkan bakat dalam pertandingan Hias Pulut Kuning anjuran DBKL Sabtu ini!

LUANGKAN cuti hujung minggu anda dengan menyertai Pertandingan Hias Pulut Kuning bersempena hari Teh Hijau Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 20 April 2024 (Sabtu).

Pertandingan yang bertemakan hiasan hari raya Aidilfitri itu dijangka berlangsung pada pukul 10 hingga 11.30 pagi.

Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia iaitu secara berkumpulan yang terdiri daripa dua orang.
  2. Masa yang diperuntukkan ialah selamat 1 jam 30 minit.
  3. Pulut kuning yang telah siap dihias hendaklah diberi nama.
  4. Pulut kuning disediakan oleh DBKL. Setiap peserta akan diberi 2 kg pulut kuning yang telah siap dimasak dan wajib menggunakan hiasan yang disediakan iaitu tomato dan cili besar.
  5. Peserta wajib menggunakan sarung tangan plastik samada yang disediakan oleh DBKL atau dibawa sendiri oleh peserta.
  6. Peserta diminta membawa sendiri bahan atau peralatan hiasan berdasarkan kreativiti masing-masing.
  7. Pulut kuning yang telah dihias menjadi hak milik DBKL
  8. Pemarkahan diambil kira berdasarkan tema, gaya hiasa, kreativiti dan kekemasan.
  9. Sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta.
  10. Pihak DBKL berhak menolak penyertaan secara automatik sekiranya peserta tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan.

Terdapat pelbagai hadiah untuk dimenangi antaranya peserta yang mendapat tempat pertama; RM200, tempat kedua; RM170, tempat ketiga; RM140 dan tempat saguhati; RM60.

Difahamkan, penyertaan adalah percuma, orang ramai yang berminat boleh menghubungi melalui whatsapp Cik Nana di talian 012-6962054.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top