Dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya, Sungai Siput pada Jumaat.
Dalam nahas itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Teruskan MembacaDifahamkan kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh dipercayai telah memasuki simpang kanan secara mengejut menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Polis telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada pukul 7.12 lagi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
Warganet turut sama simpati dengan nasib yang menimpa dua beradik ini dan menuntut keadilan buat mereka.
Baca juga: