TULAR satu video di media sosial baru-baru ini apabila dua pemandu yang memandu kereta telah menghalang lalu lintas di sekitar simpang empat lampu isyarat, Batu Caves, Selangor.
Video berdurasi 49 saat itu memaparkan kedua-dua pemandu jenis kereta BMW saling bergerak seiring dan bertindak untuk berhenti di tengah jalan raya sekali gus tanpa menghiraukan kenderaan lain.
Teruskan MembacaBerdasarkan video tersebut jugak, kedua-dua pemandu itu tidak mahu meninggalkan kereta masing-masing dan hanya berkomunikasi menerusi tingkap kereta sahaja.
Tindakan itu dicemuh oleh pengguna media sosial kerana perkara tersebut boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
“Kereta je T20 ni, ada duit ke takda duit ke belakang kira. Belah gombak kawasan Padang Balang bersepak kereta mewah, tapi duduk setinggan. Sebabnya otak diaorang ni semua B40, B40 pun tak macam tu,” kata Zai.
“Ingatkan Proton Wira, kalau tak mesti orang dah ingat paling kurang bijak sekali. Rupanya ada jugak T20 yang kurang bijak, orang kaya memang suka bahayakan nyawa orang lain ya?,” kata Gajuspedas.
“Kereta mewah tak semestinya mencerminkan orang yang baik,” kata Julian.
Baca juga: