PEMAIN paling bernilai Mid Season Cup(MSC), Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali dengan nama Sekyss yang juga merupakan pemain jungler, Yoodo Selangor Red Giants (SRG) menyatakan bakal membuat pelaburan dengan hadiah wang tunai yang diterimanya.
Kenyataan itu dibuat susulan satu temu ramah sebelum perlawanan yang menobatkan pasukan SRG selaku juara MLBB 2024, yang turut menerima perhatian ramai pihak.
Teruskan Membaca“Kalau menang, saya rasa saya hanya fikir nak simpan duit sahaja setakat ini sebab saya muda lagi. Dari segi kereta atau sebagainya itu adalah perancangan saya nanti kot.
“Untuk sekarang memang perancangan saya nak simpan duit dulu,” jelasnya.
Rata-rata masyarakat tempatan memuji jawapan pemain muda itu dengan mengungkapkan beliau berfikir jauh dan mempunyai perancangan awal dalam hidup.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada pro players (pemain profesional) untuk tidak berputus asa mencapai apa yang diingini.
“Untuk pro players, kalau dah champion jangan terus terlalu selesa, teruskan kerja keras, walaupun ada satu musim tu kita akan drop ke apa ke, korang bangkit je semula dari kekalahan,” katanya. — KL Viral
Baca juga: