Miss Puiyi buat kejutan besar – semua konten OnlyFans dia sejak 2020, habis lesap!
Dalam satu video di Facebook, Puiyi umumkan dia padam semua gambar, video, teks dan voice note yang pernah dimuat naik ke platform itu.
Yang paling mengejutkan dia mendakwa tiada siapa boleh jejak balik! Semua dah dipadam secara total.
“Akaun OnlyFans saya sekarang kosong. ZERO,” katanya.
Puiyi tak nyatakan sebab dia padam semua, tapi ini susulan keputusan yang pernah diumumkan pada Mac 2023, di mana dia umum ‘tutup buku’ dengan OnlyFans.
Dalam posting terbaru, dia juga kongsi kisah jatuh bangun sebagai artis dan pempengaruh dari buat muzik, berlakon filem Pulau, hingga berjaya tembus ke pasaran antarabangsa.
“Saya kerja keras, fokus, bagi segalanya. Langkah demi langkah, saya sampai ke tempat yang saya tak pernah bayang termasuk Amerika Syarikat.”
Puiyi akui perjalanan itu penuh cabaran, terutama bila terpaksa harungi banyak perkara seorang diri, jauh dari keluarga.
Dia juga ucap terima kasih kepada followers atas doa dan sokongan yang tak pernah putus.