TINDAKAN sebuah restoran makanan laut di Jitra, Kedah yang didakwa membuat video seolah-olah menghina orang kelainan upaya (OKU) telah dikecam warganet kerana kelihatan seperti tidak mengendahkan sensitiviti golongan tersebut.
Menerusi video tular berdurasi seminit 5 saat yang dimuat naik oleh Amirazam94, lelaki OKU yang bertindak untuk stitch video berkenaan menegur perbuatan wanita dalam video tersebut yang kelihatan seperti menghina golongan tersebut.
Teruskan Membaca“Dah normal, tapi nak jadi OKU pula. Kepada pemilik akaun restoran berkenaan, saya harap kalian boleh padam video yang mengejek fizikal individu OKU.
“Janganlah sentuh sensitiviti OKU dan kandungan seperti ini tidak sepatutnya jadi contoh pada umum terutama sekali kepada kalian yang mempromosikan kedai dan tempat untuk mencari rezeki,” kata lelaki berkenaan.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata warganet turut mempunyai pendapat yang sama dengan lelaki tersebut menyatakan perkara yang sama.
“Dulu teringin la jugak nak pergi (restoran tersebut) sebab macam best je tapi dah buat video macam tu malas gila nak support. Ingat OKU ni hina sangat ke? Mak aku OKU dan aku terasa bagi pihak dia. Kalau nak marketing pun, buat cara yang betul. Banyak lagi cara yang boleh majukan bisnes bukan dengan content bod**,” komen Aisyamy15.
“Sumpah menyampah dengan trend bod** ni. Buruk tidak sama dengan OKU ya. Tengok muka tu takyah pesan ‘jangan cantik’ pun takpe kot,” kata Tunipp_.
“Sebabkan nak viral sanggup buat video promote kedai hina OKU,” komen Uafiqah082.
“Kalau kata ‘jangan cantik’, maksudnya kau kena pakai selekeh-selekeh lah. Bukan jadi orang cacat,” tambah Twinktwinkwink.
Oleh itu, semua pengusaha premis yang mencuba untuk memasarkan produk mereka melalui media sosial perlulah lebih cakna dalam memastikan kandungan yang disiarkan mereka tidak menyentuh sensitiviti mana-mana golongan.
Ia adalah untuk mengelakkan nama baik perusahaan mereka tercalar, di samping tidak menggunakan bad marketing sebagai strategi pemasaran mereka. — KL Viral.
Baca juga: