RAMAI pekerja-perkerja tempatan sering ditipu dan ditindas oleh majikan sendiri atas faktor kurang membuat penyelidikan dan unsur periksa ketika bekerja.
Tahukah anda gaji pekerja yang ditolak berpunca daripada cuti sakit (Medical Leave) mahupun kelewatan sampai ketempat kerja boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 ribu bagi setiap kesalahan.
Teruskan MembacaGaji pekerja yang layak ditolak hanya lah berdasarkan empat kategori yang ditetapkan.
Pertama, sekiranya majikan anda membayar gaji anda terlebih dari sepatutnya. Perkara seperti ini membolehkan gaji ditolak akibat kecuaian majikan tersebut.
Seterusnya, pekerja yang berhenti kerja tanpa sebarang notis.
Selain itu, sekiranya pekerja mendapat gaji lebih awal dari tarikh yang sepatutnya atau dipanggil gaji advance, majikan boleh memotong gaji tersebut ekoran pendapatan pekerja yang sudah dibayar terlebih awal dan menurut sumber yang diambil, pekerja tiada hak meminta gaji yang sudah dipotong tersebut.
Dalam masa yang sama, potongan yang dibenarkan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan seangkatan dengannya adalah antara sebab yang membolehkan gaji pekerja dipotong oleh majikannya.
Jadi, sekiranya pernah dipotong gaji tanpa sebab munasabah mahupun sebab yang telah dinyatakan seperti di atas, sebagai pekerja kita harus menuntut dan mempertahankan hak sebagai pekerja demi memastikan kebajikan kita terjaga.
Baca juga: