Oleh: Haikal Tajuddin
WALAUPUN filem Kahar 2 berjaya menambat hati masyarakat, namun terdapat kontroversi yang timbul bukannya melibatkan pihak produksi, malah penontonnya sendiri.
Teruskan MembacaSeperti yang dikongsikan oleh salah seorang pelakon dalam filem tersebut di aplikasi X, Mierul Aiman, berkenaan segelintir individu yang menonton tayangan itu sambil meletakkan kaki mereka di kerusi hadapan.
Dia yang memegang watak, Fakhri dalam filem tersebut, mendakwa tindakan sebegitu dianggap tidak sopan dan ‘jijik’ untuk dilihat.
“Maaf bertanya, benda normal ke ini? sebab kali pertama saya nampak. Jijik dan selekeh,” katanya di aplikasi X.
Dalam pada itu, bekas juara Hero Remaja ini turut beranggapan bahawa individu tersebut sewajarnya lebih mengutamakan adab walaupun dimana sahaja mereka berada.
“Kita ini maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.
“Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita,” ujarnya.
Beberapa hari yang lalu, terdapat pengguna aplikasi Instagram telah memuat naik satu hantaran video berkenaan keadaan di wayang sewaktu tayangan filem Kahar Kapla High Council.
Menerusi hantaran tersebut, terdapat tiga individu telah meletakkan kaki diatas kerusi dihadapannya.
Baca lagi: