Video seorang penghantar makanan yang pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan, meraih perhatian ramai orang.
Tidak kurang yang tampil segera membantu pempengaruh, Aisar Khaled.
Teruskan MembacaMelalui beberapa hantaran di Facebook Aisar, pempengaruh itu telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.
“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan Aisar yang bermurah hati membantu penghantar makanan berkenaan.