KONTROVERSI anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania antara menjadi topik hangat yang sedang diperkatakan sekarang. Tidak terkecuali, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida yang menluahkan rasa kurang senang dengan dakwaan kononnya remaja berusia 19 tahun itu berkahwin secara rahsia dengan suami orang di Songkhla, Thailand baru-baru ini.
Vida atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, 53, tidak dapat menahan rasa geram dengan perkhabaran itu selain bersimpati dengan nasib Abby yang perlu mengharungi dugaan sebegitu.
Teruskan Membaca“Allah, anak-anak kenapalah buat begitu pada ibu bapa? Saya pun ada anak perempuan, lain anak lain ujiannya, semoga dipermudahkan,” tulis Vida menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Baca juga: Netizen bengang jurugambar saja cari publisiti murahan dakwa Petaling Street jual daging kucing
Vida turut memuat naik video yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan Marissa apabila gadis cantik jelita yang berusia 19 tahun itu menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain.
Sementara itu, ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata itu turut berasa geram selepas Marissa dijadikan isteri kedua kepada kepada lelaki itu.
“Hey! Saya sebagai mak, geramnya. Kenapalah bernikah dengan budak seperti itu? Bukannya ada duit.
“Mu (Marissa) jadi madu orang (isteri kedua), menyondol? Kenapalah? Punya ramai lagi jantan kaya, muka lagi comel (kacak).
“Saya sebagai mak, rasa sakit. Tak tahulah mak ayah sebenar dia (Abby dan Norman) rasa macam mana. Geramnya, anak kita jaga, lahirkan punyalah cantik, pergi nikah dengan suami orang. Janganlah,” kata Vida.
Menerusi ruangan komen pula, terdapat beberapa komen yang mengecam tindakan Vida apabila menggelar Marissa sebagai penyondol dan memintanya untuk tidak masuk campur dengan masalah orang lain.
Baca juga: ‘Tak boleh lawan Vivy’, kejayaan Khairulaming dipertikai konon tidak setanding Vivy Yusof
“Setiap orang ada masalah tersendiri,” kata Aliya.
“Bagaimana sakit hati bapak Abby dulu beginila yang Norman sedang alami sekarang. Jangan main-main dengan kifarah Allah,” kata cytiesaadiah.
“Kesian Abby..dulu bekas suami buat perangai.. sekarang anak perempuan dia plak…,” kata adriakaman
“Ujian untuk abby, dulu kena hadap bekas suami dia macam tu ni anak dia pula buat macam tu nauzubillah ya Allah,” kata dela_delaila.
Terdahulu, nama Marissa atau Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan Aslam yang juga berstatus suami orang secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Difahamkan, Abby dan Norman ada membuat bertemu empat mata dengan keluarga Aslam, dan meminta anaknya supaya berpisah. — KL Viral