SATU kejadian tular di laman sosial melibatkan seorang individu yang menyambut hari kelahirannya di sebuah restoran steak terkemuka bertempat di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 27 April yang lalu, berubah menjadi bencana apabila satu keluarganya mengalami keracunan makanan.
Menurut hantaran di akauan Instagram Nik Shahira atau lebih dikenali sebagai pengguna @beanslittlebaby mendakwa, 13 ahli keluarganya mengalami keracunan makanan selepas menyambut ulang tahun kelahiran bapanya di restoran tersebut.
Teruskan MembacaSelain itu, Nik mendedahkan secara keseluruhan bagaimana keluarganya jatuh sakit termasuk dirinya yang kerap muntah-muntah dan cirit birit lebih 10 kali selepas hari kejadian.
Beliau menyatakan jumlah keseluruhan bil kesihatan keluarganya dalam linkungan RM600. Pada mulanya, beliau tidak mahu memperbesarkan masalah atau meminta sebarang pampasan, namun, setelah ibu dan bapanya turut mengalami nasib yang sama, dia cuba menghubungi individu yang terlibat.
Nik menyatakan salah seorang ahli keluarga kepada milik kedai tersebut memohon maaf dan cuba untuk memperbaiki servis restoran mereka.
“Saya cuba jelaskan dan meminta pampasan daripadanya atas kejadian yang terjadi, namun masalah lain pula yang timbul apabila pihak restoran mendakwa keracunan makanan tersebut tidak berpunca daripada kedai mereka dan meminta saya untuk mengemukakan bukti-bukti yang ada.
“Saya sudah mengemukakan segala bukti yang ada seperti bil hospital dan sebagainya. Namun, masih tidak dilayan dan diberikan pampasan,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.
Beliau turut menjelaskan pengalaman makan di kedai tersebut merupakan pengalaman pahit yang dialaminya dan menggesa orang ramai untuk tidak makan di restoran tersebut.
“Setakat ini, berdasarkan hantaran di Facebook kedai tersebut keluarga kami bukan mangsa pertama, terdapat 5 orang lagi mangsa yang turut menghadapi kejadian yang sama,” ujarnya lagi.
Baca juga: