TULAR baru-baru ini apabila seorang individu yang merupakan seorang jurugambar warga asing membuat hantaran di Instagram miliknya menyatakan terdapat sebuah pasar di Petaling Street, Kuala Lumpur menyembelih dan menjual daging kucing sebagai makanan.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh seorang jurugambar yang dikenali sebagai Ragib Choudhury di Instagram, dia mendakwa telah menjumpai sebuah pintu ‘misteri’ dan kononnya mula mengeluarkan sikap ingin tahu.
Teruskan Membaca“Setelah masuk seorang diri dan menangkap beberapa gambar di sana, saya menjumpai dua ekor kucing di dalam sangkar dan di sebelahnya terdapat daging mentah yang merupakan daging kucing diletakkan untuk dijual,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Namun, selang beberapa lama kemudian dia mula mengubah kapsyen gambar tersebut dengan hanya meletakkan tarikh 22 Jun 2018, yang dipercayai berkemungkinan tarikh gambar tersebut diambil.
Baca juga: Selain Israk Mikraj, berikut 7 tarikh penting dalam kalendar Islam
Susulan daripada tindakannya itu, pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati apabila Choudhury berbuat demikian kerana dipercayai sengaja cuba untuk menimbulkan fitnah.
Malah perbuatannya itu, secara tidak langsung mencetuskan perasaan marah dan tidak senang dalam kalangan pencipta si bulus itu.
“Ini hanya khabar angin sahaja. Jangan menipu, kucing itu haiwan peliharaan dan mereka menjual daging khinzir, bukan daging kucing,” kata Sheinsyft.
“Dari saiz dan ketebalan daging itu sahaja tidak menunjukkan ia daging kucing. Jika orang bertanya mengapa mereka perlu berjual beli di kawasan terpencil, ia kerana daging khinzir tidak boleh dijual secara terbuka di Malaysia,” komen Danny Chia.
“Kamu patut minta maaf. Orang Malaysia tidak makan daging kucing, kamu perlu meminta maaf kepada semua sebab memulakan hantaran berunsur perkauman disini,” kata Caster Woo.
Sementara itu, menerusi satu hantaran yang tular di X, di mana ramai pengguna mula meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap isu ini.
Baca juga: Kementerian Komunikasi lancar manual etika kewartawanan
Selain itu ada juga yang membuat aduan melalui Sistem MyAnimalWelfare.
Namun, salah seorang pengguna X dikenali sebagai Samantha Cavill, menyatakan dirinya sudah membuat aduan namun masih tiada tindakan susulan mengenai isu ini.
“Saya dah buat aduan, tetapi saya tag DVS dekat sini sebab biasanya bila dah buat aduan pun DVS senyap sahaja, tiada respon.
“Bukan seorang dua suarakan isu ni, apabila sudah tular baru mendapat respon. Ada yang menyatakan kucing itu haiwan peliharaan mereka tetapi tolong minta bukti kerana manusia boleh menipu,” katanya menerusi hantaran di X miliknya. — KL Viral