Terkini

Kerja ‘rider’ goyang kaki tapi gaji RM3,000 sebulan, netizen ‘mulut jahat’ dakwa buat kerja mudah

GARA-GARA terlihat sedang berehat di sebuah restoran, seorang individu mempertikai pekerjaan penghantar makanan atau ‘rider’ sebagai sebuah pekerjaan yang mudah.

Tular di Tiktok @mohdrazifhajikarim yang membanding-bandingkan pekerjaan seorang penghantar makanan dengan pekerjaan orang lain.

Menurutnya, seorang penghantar makanan boleh berehat di mana-mana dengan selesa tanpa perlu menghiraukam keadaan sekeliling.

“Aku tak tahula dia buat apa, tapi nampak macam relaks sambil dengar lagu ja.

“Buat kerja main-main dah boleh dapat RM3,000 sebulan,” katanya.

Rakaman berdurasi seminit itu mendapat perhatian warganet dan mengecam tindakan individu yang mengkritik pekerjaan seorang penghantar makanan itu.

“Dahla rekod orang sesuka hati, lepastu kritik pekerjaan orang,” kata Amighul deraman di X.

“Ciri-ciri orang tak bersyukur, yang nampak orang tu tengah berehat, waktu dia tengah hantar makanan tu ada nampak?,” kata Rabbaniahmad.

Setiap pekerjaan itu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Sentiasala kita bersyukur dengan rezeku yang ada dan jangan banding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top