Isteri kepada doktor selebriti dan pempengaruh terkenal Dr Say Shazril, iaitu Dr Azura Abas, tampil memberikan penjelasan selepas menerima kecaman daripada netizen berhubung penampilannya ketika menyertai acara kecergasan HYROX yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Menurut Dr Azura, fokus utama video yang dikongsikan adalah berkaitan gaya hidup sihat dan kecergasan, bukannya soal penampilan semata-mata. Penegasan itu dibuat menerusi satu hantaran di platform Threads, di mana beliau turut mengakui kekurangan diri sebagai insan biasa serta memohon agar dikurniakan hidayah daripada Allah SWT.
Teruskan MembacaDalam kenyataan yang sama, Dr Azura turut menyentuh soal penilaian manusia terhadap sesama manusia. Beliau menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan urusan penilaian tersebut kepada Yang Maha Esa.
Isu ini tercetus selepas Dr Say dan Dr Azura berkongsi rakaman video mereka ketika mengambil bahagian dalam pertandingan kecergasan HYROX. Namun, perhatian netizen lebih tertumpu kepada pakaian yang dikenakan pasangan itu — Dr Azura mengenakan sports bra yang menampakkan sebahagian tubuhnya, manakala Dr Say hanya berseluar pendek tanpa mengenakan baju.
Penampilan mereka menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menyokong atas dasar galakan terhadap gaya hidup sihat, namun tidak kurang juga yang menegur aspek pemakaian dari sudut penjagaan aurat selaras dengan ajaran Islam.