Industri hiburan hari ini kecoh dengan kabar angin yang mendakwa pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sudah bercerai.
Khabar angin tentang perceraian pengarah berusia 39 tahun itu dengan Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin kecoh diperkatakan selepas sebuah portal melaporkan tentang rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular telah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.
Teruskan MembacaDalam laporan tersebut turut menyebut bahawa Ira telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah. Lebih dahsyat, ada yang mengatakan si isteri itu ada ‘penyakit berbahaya’.
Susulan itu, ruang komen bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana turut diserang warganet sejak dakwaan itu bertebaran. Rata-ratanya mula ‘berkampung’ bagi mendapatkan pengesahan daripada aktres cantik itu.