KECOH sebuah video di X yang memaparkan pergaduhan di antara dua kumpulan pekerja yang dikatakan dari Korea Selatan dan Pakistan.
Menurut @pakcikkomeng, kejadian berlaku di kilang Samsung Taman Tuanku Jaafar, Seremban pada Isnin.
Teruskan MembacaMenerusi video terbabit, seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna putih, dilihat seperti memulakan pergaduhan dengan membaling ‘safety helmet‘ ke arah salah seorang pekerja di sana.
Rata-rata komen warganet mengarahkan kumpulan pekerja asing ini untuk menjaga tingkah laku daripada membuat onar di Malaysia.
Ada juga yang menyatakan untuk pihak majikan berkenaan mengambil tindakan dengan menghantar mereka ke negara asal.
“Harapnya syarikat hantar je mereka balik supaya yang datang lepasni akan lebih takut untuk buat hal macamni. Syarikat kena tegas kalau tak mereka naik kepala,” kata @pakpongpakzul.
“Nanti ada la kes warga asing bun*h warga asing dekat Malaysia. Lepastu nanti Malaysia dilabel sebagai negara tak selamat untuk warga asing bekerja,” kata @meispenat.
Bagaimanapun, punca pergaduhan masih belum diketahui dan masih menunggu kenyataan rasmi dari pihak yang terlibat.
Diharapkan kedua-dua pihak mendapat kata sepakat dan berdamai agar tidak dikenakan tindakan selanjutnya yang boleh memakan diri sendiri.
Baca juga: