PEMPENGARUH media sosial menyebarkan cerita palsu selepas cintanya bertepuk sebelah tangan akibat ditolak oleh pengulas makanan terkenal yang dikenali dengan nama Liyana Beep Beep.
Individu berkenaan yang dikenali dengan nama syedot_asmr di akaun TikTok menyatakan, Liyana seolah-olah mereka-reka cerita mengenai hidupnya ibarat hidup di dalam kaca televisyen dengan menyatakan mempunyai pengawal peribadi dan mempunyai dua ijazah (double degree) dalam satu klip video yang tular di laman X.
Teruskan Membaca“Aku ajak dia pergi tengok wayang, dia seorang yang percakapannya sangat lemah lembut. Aku dah keluar dengan dia, semua benda dia cakap aku percaya je.
“Aku pernah tanya, tu kereta siapa dan dia pernah cakap tu kereta keluarga dia. Aku tanya kalau datang sini selalu dengan siapa? Dia jawab pengawal peribadi dia hantar. Dalam hati tak percaya sebab macam kaya-raya pula tapi pakaian dia biasa je,” katanya dalam video berdurasi 6 minit itu.
Bukan itu sahaja, Syedot turut mendedahkan beberapa perbualan yang dibahaskan bersama Liyana yang menurutnya tidak masuk akal dan dianggap sebagai penipuan sahaja.
Kenyataan yang dibuatnya menimbulkan pelbagai kecaman terhadap Liyana yang turut menjurus kepadanya untuk tampil memberikan penjelasan.
Liyana berkata, segala dakwaan yang dibuat kepadanya adalah tidak benar dan segala yang diberitahu kepada Syedot itu adalah benar dan bukan rekaan cerita semata-mata.
Beliau turut mengemukakan bukti-bukti yang ada seperti sijil ijazahnya, gambar bersama kereta-kereta milik keluarganya selain memaparkan beberapa tangkap layar di aplikasi Whatsapp yang menunjukkan Syedot pernah cuba untuk menjalinkan hubungan dengannya namun ditolak.
Semua paparan perbualan itu menunjukkan Syedot bertindak menuduh Liyana ‘menipu’ akibat cintanya yang tidak kesampaian.
Baca juga: