IBU kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil mengeluarkan kenyataan ekoran dakwaan ingin mengahwinkan anaknya bersama pelakon tempatan, Ruhainies pada Ahad.
Siti Hafiza mengeluarkan kenyataan menerusi satu rakaman video bersama suaminya dengan mengatakan, beliau tidak menolak takdir seandainya Alif dan Ruhainies ditakdirkan berjodohan di masa hadapan.
Teruskan Membaca“Ada yang mengatakan kami mahu mengahwinkan mereka di Selatan Thailand. Namun, apa-apa pun yang terbaik kita amin-kan dan ramai yang mendoakan ni, Masha-Allah.
“Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua ditentukan oleh Allah. Kita harus bersabar okay,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Siti Hafiza turut menggesa orang ramai dan pihak yang terbabit untuk berhenti membuat sebarang andaian dan spekulasi dengan menyebarkan fitnah kepada dirinya dan keluarga.
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil dari perkahwinan mereka, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Hasil dari penceraian tersebut, Aliff menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella turut tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Baca juga: