PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mendakwa anak angkatnya dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuannya lebih tiga minggu.
Kenyataan tersebut susulan berkenaan konflik yang berlaku di antara ibu kandung kanak-kanak itu dan bekas suaminya, Noh Salleh, bahawa vokalis tersebut dipercayai memaklumkan tidak tahu menahu tentang perjanjian di antara wanita itu dan Mizz Nina.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran akaun Instagram miliknya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, menjelaskan tentang status anak angkatnya, Musa.
“Musa diambil daripada saya tanpa pengetahuan dan keizinan. Dua hari Musa dilahirkan saya telah menjadi ibu susuannya. Keika dalam penerbangan pulang (ke Kuala Lumpur), dia diambil tanpa keizinan saya dimana saya sebagai penjaga yang sah mengikut undang-undang.
“Sejak saat itu, saya tidak tahu keberadaan (Musa) dan tidak dapat berkomunikasi (dengan Noh), tidak menerima gambar atau video selama tiga minggu setengah.
“Ketika tempoh itu, bekas suami memuat naik gambar wajah Musa di internet melanggar perjanjian dan kemudian mengaku tidak tahu tentang itu sedangkan saya tahu dia tahu tentang perjanjian tersebut,” tulis Mizz Nina dalam hantaran Instagramnya.
Mizz Nina menganggap kejadian tersebut telah melanggar hak privasi Musa malah Noh juga turut tidak menjaga sensitiviti bahawa ibu kandung Musa tida mahu identitinya didedahkan.
“Sekali lagi, mendedahkan privasinya sejurus selepas wajah Musa didedahkan. Bagi mengelakkan konflik, saya kemudiannya pergi ke mahkamah syariah untuk menerima perintah interim untuk Musa,” tulisnya lagi.
Walau bagaimanapun, selepas penceraian, Mizz Nina telah mendapat hak penjagaan penuh anak angkatnya itu secara tidak langsung perkara tersebut dipersetujui dengan rela hati oleh Noh dan menandatangi dokumen undang-undang di hadapan pesuruhjaya sumpah.
“Sejak dari itu, dia telah kehilangan hak untuk menjadi penjaga Musa,” tulisnya.
Mizz Nina turut menyatakan bahawa pengasuh yang diupah untuk menjaga Musa buat sementara waktu, telah mengkhianati kepercayaannya.
Pelantun lagu Take Over itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan tetapi kenyataan itu dibuat agar tiada spekulasi atau fitnah yang tersebar berkaitan dengan konflik tersebut.
Baca juga: