Terkini

PM beri sumbangan kepada pelakon veteren Jalil Hamid

PELAKON veteren yang kini mengalami masalah kesihatan, Jalil Hamid menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan tersebut diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.

“Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman, Jalil Hamid, serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.

“Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah (kesihatan) serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, Jalil atau nama penuhnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 67, disahkan mengalami masalah jantung dan hilang selera makan sejak tahun lalu.

Selain itu, Jalil juga mengalami penurunan berat badan secara mendadak akibat daripada masalah jantung yang dialaminya sehingga mengganggu aktiviti hariannya.

Sekadar info, Jalil pernah memenangi Anugerah Telenovela 2018 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem dalam filem Bisik Pada Langit.

Baca lagi:

Pelbagai

Scroll to Top