LIDAH buaya atau Aloe Vera menjadi sinonim bagi merawat luka atau kulit terbakar kerana cahaya matahari. Penjagaan yang mudah menjadikan lidah buaya sebagai tanaman hiasan.
Lendir atau gel yang terkandung dalam lidah buaya juga sangat popular digunakan untuk kecantikan kulit. Ia juga biasanya dikisar dan diamalkan sebagai jus bagi meningkatkan kesihatan.
Teruskan MembacaBerikut KL VIRAL senaraikan 5 kebaikan lidah buaya untuk kesihatan:
1. Bagus untuk kulit
Lidah buaya sudah menjadi bahan asas yang tidak asing lagi dalam produk pembersih peribadi dan kosmetik kerana kebaikannya pada kesihatan dan kelembapan kulit.
Daunnya yang kaya dengan kandungan air dan pelbagai mineral serta komponen tumbuhan yang dipanggil karbohidrat kompleks menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit.
2. Boleh meredakan ulu hati
Juga dikenali sebagai refluks asid, pedih ulu hati merupakan masalah kesihatan yang berlaku ketika asid perut berbalik kepada esofagus sehingga menyebabkan keradangan.
Kajian terkini mendapati khasiat lidah buaya baik untuk diamalkan bagi pesakit pedih ulu hati bagi mengurangkan simptom penyakit ini tanpa memberikan sebarang kesan sampingan.
3. Membantu untuk sembuhkan luka dengan segera
Penggunaan lidah buaya bagi merawat luka akibat terbakar atau kecederaan kecil sudah biasa diamalkan oleh generasi terdahulu. Sebuah kajian turut mencadangkan penggunaan lidah buaya sebagai rawatan berkesan bagi merawat luka akibat terbakar pada tahap satu dan tahap dua (first and second degree burns).
Sebuah pemerhatian dalam kajian juga mengesahkan lidah buaya dapat meredakan luka akibat terbakar dalam tempoh yang lebih segera berbanding ubatan biasa. Tidak hanya itu, lidah buaya juga dapat meredakan simptom luka seperti jangkitan, kemerahan dan kegatalan.
4. Sumber antioksida yang baik
Kebaikan antioksida yang dijumpai dalam aloe vera iaitu polifenol didapati sangat baik dalam melawan pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan dalam badan. Lidah buaya juga cukup dikenali dengan sifat antibakteria dan antiseptik sebagai rawatan alternatif bagi meredakan pelbagai masalah kulit dan merawat luka.
5. Boleh kurangkan plak gigi
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya lidah buaya juga sangat baik diamalkan untuk mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Sebuah hasil kajian mendapati penggunaan jus lidah buaya sebagai ubat kumur menunjukkan keberkesanan yang sama pada mulut apabila dibandingkan dengan penggunaan ubat kumur chlorhexidine.
Di samping itu, lidah buaya juga dilihat berpotensi dalam menghapuskan pembiakan bakteria Streptococcus mutans yang boleh menjejaskan kesihatan mulut.
Penggunaan lidah buaya mengikut kepada situasi keadaan tetapi secara keseluruhannya, kandungan khasiat dalam lidah buaya memberikan kesan baik kepada kita. — KL VIRAL
Baca juga: