PENJAGAAN rambut bukan sahaja penting untuk penampilan, malah mencerminkan kebersihan diri seseorang itu.
Rambut yang sihat boleh meningkatkan keyakinan dan kelihatan terbaik sepanjang masa.
Teruskan MembacaBagi wanita yang bertudung, cara penjagaan rambut yang betul dan sihat adalah sama pentingnya kerana rambut yang tidak dijaga dengan betul boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan kegatalan pada kulit kepala.
Berikut KL VIRAL senaraikan 5 langkah mudah untuk penjagaan rambut agar kekal sihat:
1. Mencuci rambut menggunakan syampu yang bersesuaian
Setiap individu mempunyai jenis kulit kepala yang berbeza, jadi disarankan untuk mencuci rambut menggunakan syampu yang bebas kimia supaya tidak mengakibatkan keguguran rambut ataupun keradangan pada kulit kepala.
Pastikan anda tidak terlampau kerap membasuh rambut kerana boleh menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala. Disarankan untuk mencuci rambut dua atau tiga kali seminggu sahaja bagi mengekalkan khasiat semula jadi pada akar rambut.
2. Gunakan perapi rambut
Penggunaan perapi rambut dapat melembutkan rambut dan memastikan rambut anda dalam keadaan terurus dan tidak kusut.
3. Menyikat rambut ketika kering
Cara anda menyikat rambut juga penting untuk memastikan rambut anda sihat. Akan tetapi, jika anda menyikat rambut anda secara berlebihan, ia boleh memberikan tekanan kepada rambut anda.
Elakkan menyikat rambut ketika rambut masih basah kerana boleh menyebabkan rambut ‘patah’ atau keguguran yang terlampau.
4. Memotong hujung rambut
Hujung rambut yang kering, rapuh dan bercabang akan menjadikan rambut lebih mudah patah. Anda boleh potong rambut anda di rumah atau di salun setiap tiga atau empat bulan untuk memastikan rambut sihat. Helaian rambut anda akan mula bercabang apabila kutikel rambut rosak dan mula hilang.
5. Jaga pemakanan
Pemakanan juga harus dititik beratkan kerana rambut yang sihat berpunca daripada pemakanan yang kaya dengan nutrien penting seperti protein, B-vitamin, dan mineral yang ada dalam telur, sayur-sayuran, dan ikan.
Pengambilan probiotik juga bagus untuk melebatkan rambut anda sekali gus kelihatan sihat dan berkilat.
Sifat yang mementingkan kebersihan perlu diterapkan kerana bukan sahaja penjagaan rambut, malah, dari segi kesihatan juga sedikit sebanyak berkait dalam mendorong rambut anda untuk kelihatan sihat dan cantik. — KL VIRAL
Baca juga: